Penyelesaian Kewangan Ringkas Anda.
Misi kami adalah untuk memperkasa dan membimbing pekerja, pedagang serta usahawan mencapai visi 'Melindungi dan Mengembangkan' menerusi rangkaian sistem SIMPLY.
Simply Financial merupakan sistem kewangan yang memberi tumpuan kepada pengurusan dan perancangan kewangan rakyat Malaysia.
Mulakan Sekarang
Pengasas Simply Financial & SF Wealth Manager
Simply Takaful adalah idea Mohd Irfan Azril bin Rozni yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam industri pelaburan unit amanah, 13 tahun dalam industri takaful keluarga, 7 tahun dalam perancangan kewangan dan beliau mempunyai visi yang jelas.
Perkhidmatan takaful sepantas satu klik butang.
Dengan pengalaman dan latar belakang pendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) di Multimedia University, menjadi impian beliau untuk membawa perkhidmatan takaful dan perancangan kewangan ke tahap seterusnya dengan menggabungkan Manusia + Sistem.
Takaful perlulah pantas, mudah, dan ringkas.
Kami menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan kepada pelanggan kami dan membimbing mereka mencapai matlamat kewangan.
Dengan alatan kewangan seperti Takaful, Unit Amanah, Wasiat dan Aplikasi Mudah Alih, ia menjadikan perancangan kewangan sangat menyeronokkan dan mampu milik.
Kini beliau mempersembahkan sistem Simply Takaful kepada anda.
Tak perlu ambil masa yang lama pun untuk rebut peluang memenangi Proton e.MAS 5 Premium dan pelbagai hadiah menarik. Jangan tunggu lagi, kempen akan berakhir 1 November 2026!
Hanya perlu muat turun Aplikasi PruBSN dan daftar akaun, anda terus layak secara automatik menyertai Kempen Cabutan Rezeki Aplikasi PruBSN!
Jadi, tunggu apa lagi? Daftar sekarang, mana tahu rezeki anda kali ini! 😉
Bagaimana memahami konsep hibah ini mampu menyelamatkan keluarga anda daripada kemelut perebutan rumah peninggalan anda? Hibahkan rumah anda kepada keluarga tercinta dengan RM499 menerusi #ProjekWaris. 🏠
Hibah merupakan pemberian harta semasa kita masih hidup sebagai tanda kasih sayang.
Melaluinya, aset ini akan terus terkeluar daripada senarai pusaka. Ia sekaligus mengelakkan keluarga daripada terbeban dengan proses tuntutan yang rumit, atau berisiko hilang tempat berteduh kerana terpaksa berkongsi hak dengan waris yang lain.
Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi sukar. Rancang keselamatan harta anda hari ini! ❤️
Ditubuhkan pada tahun 2006 menerusi lesen daripada Bank Negara Malaysia, PruBSN kini merupakan pengendali Takaful terkemuka di Malaysia yang menyediakan perlindungan kewangan untuk rakyat Malaysia dan keluarga mereka.
Berdasarkan konsep ta`awun (kerjasama dan bantu-membantu), PruBSN menawarkan pelbagai produk takaful keluarga yang meluas termasuk perlindungan hayat, perubatan, simpanan, pendidikan dan korporat mengikut syariat Islam.
Kini PruBSN mempunyai lebih 17,000 Ejen Takaful yang berkhidmat untuk keperluan kesihatan dan perlindungan lebih 1,000,000 rakyat Malaysia. Dipacu oleh proposisi 'Takaful Untuk Semua. Untuk Kehidupan', kami berusaha membina impak positif berterusan.
Wasiyyah Shoppe Berhad telah ditubuhkan pada 5 Mei 2004. Mula beroperasi dari pejabat di tingkat 42 Menara 2 KLCC.
Objektif penubuhan syarikat sejak awal adalah untuk memperkenalkan kaedah perancangan harta mengikut syarak kepada umat Islam di Malaysia. Wasiyyah Shoppe Berhad merupakan organisasi pertama yang memperkenalkan kaedah hibah secara sistematik pada tahun 2004.
Dengan bimbingan ahli Lembaga Pengarah profesional dan Panel Syariah berpengalaman, Wasiyyah Shoppe Berhad kini memegang reputasi sebagai syarikat amanah patuh syariah yang menawarkan perkhidmatan perancangan harta paling dipercayai di Malaysia.
Memperkenalkan Kuasa Software, syarikat teknologi terkini yang membolehkan anda menguruskan seluruh perniagaan anda dengan lancar.
Gunakan perisian awan bersatu kami untuk perkhidmatan pelanggan, jualan, pemasaran, dan CRM—penyelesaian bersepadu yang berkuasa dan mesra pengguna.
Penyelesaian perancangan harta pusaka untuk jaminan masa depan keluarga anda.
Lebih LanjutPerancangan kewangan khas untuk mencapai matlamat anda dengan panduan pakar dan strategi terpilih.
Perundingan profesional untuk membimbing keputusan kewangan anda dengan pandangan dan syor terbaik.
Pasukan Wealth Planners Simply Financial Group
Bachelor Degree of Business Administration (Hons) Marketing
Universiti Teknologi MARA
Diploma in Information Technology
Kolej Islam Antarabangsa
Bachelor Degree in Information Technology (Hons) Software Engineering
Multimedia University
Diploma in Technology Engineering Air Conditioning & Refrigeration
Institut Kemahiran MARA
Bachelor Degree of Science (Hons) Statistic
Universiti Teknologi MARA
"Alhamdulillah terbaik. Mudah urusan warded & discharge. Tak perlu tunggu lama & yang penting anak sihat."
Uziar Omar
Pemilik Perniagaan - Raycool
"Penyelesaian kewangan terbaik yang pernah saya gunakan. Pasukan yang sangat profesional!"
Siti Nurhanisa
Artis & Penyanyi
"Sangat disyorkan kepada semua rakyat Malaysia yang mahukan perlindungan dan pertumbuhan kewangan."
Mohd Faizal
Usahawan
Pada 9 November 2017, sekitar jam 10 malam, hidup saya berubah buat selama-lamanya akibat satu kemalangan jalan raya yang tidak pernah saya jangkakan.
Saya telah dilanggar oleh sebuah kereta jenis SUV yang dipercayai dipandu laju dan melanggar lampu merah. Rempuhan itu mengenai motosikal saya dari sebelah kiri, tepat pada bahagian kaki kiri.
Saya tidak pernah menyangka kejadian pada malam itu akan mengubah kehidupan saya sehingga ke hari ini.
Pada mulanya, doktor melakukan dua pembedahan untuk memasukkan besi dan skru bagi membantu tulang saya bercantum semula. Saya meletakkan harapan yang tinggi agar kaki saya dapat diselamatkan dan saya boleh kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Namun, ujian yang saya hadapi tidak berakhir di situ. Akibat jangkitan kuman yang berlaku, doktor akhirnya terpaksa mengambil keputusan untuk memotong kaki kiri saya di bawah lutut.
Sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika terpaksa menerima hakikat bahawa saya telah kehilangan sebahagian daripada anggota tubuh sendiri. Bukan mudah untuk menerima perubahan sebesar ini, apatah lagi apabila saya terpaksa belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan yang tidak lagi sama seperti dahulu.
Keseluruhan kos pembedahan saya mencecah RM72,000. Jumlah itu bukan sedikit, dan saya sedar betapa besarnya beban kewangan yang perlu ditanggung ketika berhadapan dengan ujian seperti ini.
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana menerima pampasan sebanyak RM60,000 bagi kecacatan kekal akibat kemalangan tersebut.
Wang pampasan itu amat bermakna buat saya. Saya menggunakannya untuk membeli sebuah kereta bagi menjalankan perkhidmatan GrabCar supaya saya masih mempunyai sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Baki wang yang ada pula saya simpan sebagai persediaan untuk masa hadapan.
Bagi saya, pampasan tersebut bukan sekadar wang yang diterima. Ia menjadi salah satu cara untuk saya bangkit semula, membina kehidupan baharu dan terus berusaha walaupun terpaksa menerima hakikat kehilangan yang besar.
Pengalaman ini mengajar saya bahawa kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Kita mungkin merasakan diri kita sihat, kuat dan mampu bekerja seperti biasa hari ini, tetapi kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada hari esok.
Saya telah melalui sendiri bagaimana satu kemalangan boleh mengubah kehidupan dalam sekelip mata.
Sebab itulah saya percaya bahawa perlindungan kewangan amat penting. Bukan kerana kita mengharapkan musibah berlaku, tetapi kerana kita mahu mempunyai sokongan kewangan apabila sesuatu yang tidak diingini menimpa diri kita.
Kita mungkin tidak mampu menghalang semua musibah, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh membuat persediaan agar beban kewangan tidak menjadi satu lagi ujian yang perlu ditanggung ketika kita sedang berusaha untuk pulih.
Jangan tunggu sehingga kita diuji, barulah kita sedar betapa pentingnya sebuah perlindungan.
Hafizi
Bekerja Sendiri / Pemandu E-Hailing
Akses alatan perancangan kewangan anda pada bila-bila masa dan di mana-mana jua dengan aplikasi mudah alih kami.
Paparan aplikasi bakal menyulami anda tidak lama lagi...
No. 25-2 (Tingkat 2), Jalan PPMP 3/1, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 32040 Seri Manjung, Perak
Pautan Lokasi Google MapsDibuka 24 Jam (Isnin – Ahad termasuk Cuti Umum)